Thursday, March 4, 2010

Nyaris-nyaris kena langgar


Tadi masa on the way nak balik dari buat test BEL260, Amir nyaris-nyaris kena langgar ngan sebuah van. Tapi sebetulnya bukan van yang langgar Amir tapi Amir yang langgar van tu! Kejadian tu berlaku kat medan selera depan UiTM nih. Masa tu Amir memang tak pandang jalan langsung, mengantuk punya pasal. Satu hari tak tido sbb kena insomnia. Masa tu kalau selangkah jek Amir kedepan mmg sah ARWAH! Memang nyawa Amir diselamatkan dalam sesaat je. Masa Amir langkah tu, van tu memang tak kurang seinchi jek dari Amir. Memang Amir rasa kalau Amir dah takde sekarang nih memang jangan tanya kenapa, sbb memang PATUT pun kalau nak ingat balik perkara tu. Masa tu Radin (classmate Amir) ada gak, dia siap cakap kalau nak jalan pandang ar depan. Masa tu nak beli nasi pun macam dah tentu hala. Ambik ayam yg masak merah punya, tak pernah-pernah makan ayam yg dalam kuah kalau makan kat luar. Memang pengajaran lah. Tapi, masa tu Amir betul-betul mengantuk dan dalam keadaan separuh sedar. So, kalau ditakdirkan ajal Amir masa tu. Blame on me - not the van driver!

*Update* Mula-mula cadang nak letak gambar tapi memandangkan semua gambar-gambar kemalangan yang Amir google terlampau ngeri, terus tak jadi. Nasib baik lah sangat-sangat, kalau tak gambar Amir pun ada kat situ. Tak sanggup nak mati dalam keadaan yang mcm tu.

Sunday, February 21, 2010

Stacy loves me! :)

*klik pada gambar untuk saiz yang lebih besar*
Korang boleh percaya tak yang Amir baru jek chat ngan Stacy tadi. Mula-mula memang tak percaya, rasa macam mimpi pun ada. Ya la selama ni Amir tak pernah langsung dapat peluang chat dengan Stacy. Malam tadi kebetulan jek online. Tup-tup Stacy online beb! Dia memang tak sombong langsung - rasa macam chat dengan kawan jek. Banyak gak la soalan-soalan gile yang sempat Amir tanya. Excited gile - bukan la nak fanatik ke apa cuma rasa mcm berbangga la dapat chat dengan orang berbakat besar mcm dia tapi very down-to-earth. Esok Amir dah nak balik Melaka. Cuti seminggu dah habis. So, I'm now back with my mission. Oh ya before I forget, I did tell Stacy how she had inspired me in getting good results in exams. And guess what, she said that she was really proud with that. That just made me more enthusiastic to continue pursuing my goal in studies. Big surprises are about to come - just wait and see. Till then. Sleep tight and sweet dreams!

Sunday, January 17, 2010

Gambar persembahan Stacy di AJL24
















Nak letak tajuk apa ek??

Assalamualaikum...mengantuk gila nih tapi still rasa nak hapdate blog nih...kalau tak bersawang pulak nanti kan...studies ok...cuma lecturer untuk sem nih boring siket...especially untuk subjek BEL260...tapi seb bek subjek Human Comm Miss Farah yang ajar...tempat pun same...yeehaa...Stacy didnt win AJL recently...mungkin bukan rezeki but obviously persembahan Aizat malam tuh is way too simple to win such an award...rm10000 tuh...ingat siket pe...tak pasal-pasal die dapat sbb bawak budak-budak sekolah yang entah hape-hape tuh...anyway congratz la ek...baru-baru ni ada baca blog klubbkidd...dengar cite masa aizat nyanyi lagu kau aku tak silap...tiba-tiba ada mahluk berselimut putih terbang kat bumbung stadium tuh...siap leh lambai-lambai agik...gambar memang ada...cuma nak mensahihkan itu hantu memang tak la...tapi dah terang-terang benda tu lambai-lambai pastu hilang dalam beberapa saat...takkan krew saja nak wat gimik lak...nak nak kat atas bumbung stadium yang bapak tinggi tuh...this week ramai yang tak balik...amir memang ada rasa nak balik...tapi bila diingat balik lebih baik tak payah balik pun takpe la...menghabiskan boreh yo...setakat 2 3 hari tu lebih baik takyah...tunggu je la cuti nanti pun bukannya lama lagi...oh before i forget lately i become more and more addcited to nasi goreng pattaya...kat depan uitm nih ada medan selera tau...satu gerai tu dia punya nasi goreng pattaya memang tak hengat...harga dalam 4 ringgit jek...tapi udang sampai 4 ketul...kalau ayam memang setiap suapan memang dijamin akan ada ayam...bak kata sarimah "ko bayangkannnn"...pedas lak tuh...memang kenyang ar...amir memang selesa ar duduk luar nih...memang bersyukur sgt-sgt...em...apa lagi ek nak cite...rasanya tu je kot...oh ya...from tomorrow on rasanya dah kena bertungkus lumus kot...rasanya??? memang kena bertungkus lumus sbb assignment dah mula menampakkan batang hidungnya...ok lah...till then chiowww...

Sunday, January 3, 2010

(Diari Sem 2) Azam Tahun Baru

3/1/2009 6.14 am
Lokasi: Bilik
Mood: Risau
Bintang: *

Hari ni merupakan hari pertama Amir sampai di sini untuk menyambung pengajian bagi semester kedua dalam Komunikasi dan Pengajian Media. Semester ni banyak juga la azam yang Amir dah set untuk capai. Pendaftaran pukul 2 petang tadi sampai pukul 5 petang. Tapi disebabkan Amir bertolak lambat so sampai la lambat sikit. Mak dengan Abah habis berniaga pun dah pukul 11 jadi mustahil la nak sampai awal kan. Sebelum pergi kami sempat makan kat Mee Rebus Ramli tapi Amir Cuma minum Fresh Orange je sebab Amir memang tak lalu nak makan. Lepas tu pergi Bank Islam untuk bayar yuran IPT melalui mesin ATM. Pastu entah kenapa dia tulis rekod anda tiada dalam senarai. Pelik. Jawabnya Amir terpaksa la daftar tanpa bayar yuran nanti. Dalam laman web tu ada tulis kalau bayar lambat kena denda RM30 dan RM5 untuk setiap hari lambat dari tarikh pendaftaran rasmi. Pening kepala. Dalam perjalanan sempat singgah kat perhentian dan makan nasi lemak. Sampai-sampai terus tidur. Pukul 2 macam tu Mak dengan Abah balik. Bangun tidur pukul 4 pagi macam tu (nak biasakan diri bangun awal supaya boleh study nanti). Tapi yang penting bila Amir nak buka internet guna “beruk band” ni tiba-tiba tak boleh pulak. Risau jugak. Rupa-rupanya tak bayar lagi. Ingatkan pasal apa tadi. Haha. Amir nak senaraikan beberapa azam tahun baru Amir untuk tahun 2010 ni. Moga-moga tercapai la…

Jadi gemuk
Dapat DL (Anugerah Dekan)
Start menabung RM2 setiap hari
Solat 5 waktu
Fokus pada pelajaran
Buat blog khas tentang kehidupan Amir sepanjang di Semester 2 yang diupdate setiap hari
Jadi lebih pendiam

Saturday, January 2, 2010

Selamat Datang 2010 dan Sem 2

Rasanya dah lama benar Amir tak hadpate blog. Dah bersawang dah pun. Haha. Oh ya sebelum terlupa Amir nak ucapkan Selamat Tahun baru 2010. Pastinya tahun baru ni semua orang dah pasang azam kan..rasanya ada diantara azam tahun lepas yang tak terlunas pun tapi dah sibuk nak pasang azam baru. Haha. Tu semua normal kerana tak semua azam kita yang akan tercapai dan rasanya azam yang tak tercapai tu boleh la dicarry forward ke tahun 2010. Haha. Amir ada beberapa azam untuk tahun 2010 tapi biar la Amir sorang yang tahu. Secara ringkasnya biar lah tahun 2010 ni menjadi tahun yang lebih baik. Aminn... Petang ni Amir dah nak balik Melaka untuk sambung pengajian Amir di semester kedua... Tahun ni dah tak nak main-main dah... Nak fokus...

Saturday, December 12, 2009